Untuk kali ni sejarah menjadi pilihan atas sebab aku da jadi kurang yakin tentang sejarah yang aku belajar masa di alam sekolah. Maaf jika aku katakan isi kandungan yang dipelajari adalah sedikit sebanyak daripada hasil olahan dan karya yang mana diguna pakai bagi menjaga periuk nasik ataupun bagi memenuhi hasrat. Kepada cikgu sejarah yang banyak mengajar thanks a lot, maksudnya kat sini bakan semua adalah salah tapi tahap kebenaran sejarah tersebut tidak mencapai ke 100%. Mengapa fakta yang sebenar terpaksa diolah, hal ini yang kita perlu bincangkan.
Kadang-kadang,(terpaksa guna perkataan ini kerana alasan keselamatan)sesebuah negara memerlukan satu setting yang sempurna agar rakyat mengikut telunjuk pemimpin di pihak atasan. Namun pada masakini kita bukan lagi seperti zaman feudal di mana pemimpin adalah boss kerana pada masakini kedudukan boss adalah dipilih oleh rakyat. Di sini boss perlu menjadikan sejarah sebagai cara mengelakkan rakyat menghidu kebenaran. Namun atas dasar membuka minda, rakyat telah kembali sedar dan kembali membuka kitab-kitab lama selain mencari sendiri sesuatu fakta yang telah tersembunyi dengan amannya. Contohnya bagaimana tersingkirnya Singapura daripada Tanah Melayu,Mengapa sampai begitu zalim dan kejam uk rakyat Malaysia sehingga wujudnya 13 Mei. Bukan tujuan saya untuk membincangkan isu ini,tetapi sebagai contoh sahaja.
Apabila rakyat berjaya mendapat hasil yang sebenar tanpa mendapat tapisan, mereka akan memberontak kerana tidak berpuas hati akibat tertipu. Hal ini akan menyebabkan rakyat mencari medium yang lain bagi memastikan kebenaran di jadikan landasan agar diri tidak lagi di tipu. Akhir kata dari saya, perubahan sentiasa berlaku dalam diri manusia dan setiap perubahan memerlukan pengorbanan.
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment